Berlalu satu minggu yang memenatkan untuk aku, bermula dengan Isnin yang 'berkejaran' hinggalah ke Jumaat yang santai terus ke hujung minggu yang 'pantas'.
Isnin: ditempat kerja, aku menerima satu pesanan dari wifeku berbunyi 'abang call balik kalau free, ada hal penting nak cakap'. Dalam kepala aku mulalah terlintas dengan berbagai perkara yang tak menyenangkan hati dan perutku. Entah jenis apalah pulak perkara mendatang ni??!?!.....dalam rasa tak senang tu aku terus call wife aku......
Rupa-rupanya ia berkenaan nenek wife aku dari Ipoh tu yang pada masa tu amat memerlukan aku untuk ke Ipoh pulak. Tanpa berlengah terus aku sampaikan pesanan kepada mereka-mereka yang berkenaan ditempat kerja, syukur tak banyak yang perlu aku follow up pada hari Isnin tersebut yang kalau diikutkan load kerja aku pada masa biasa, memang tak boleh balik lah jawabnya. Hari yang sama jugak anak lelaki aku yang bongsu perlu dibawa untuk pemeriksaan rutin. Untuk tidak membuang masa aku ke rumah mertuku untuk mengambil baby dan wifeku lalu terus ke klinik kesihatan.
Setelah semua pemeriksaan selesai....terus aku dan wife bertolak ke Ipoh, pada ketika kami bertolak jam sudahpun hampir 5 petang. Kalau diikutkan hati memang aku tak sanggup nak ke sana bilamana waktu sudahpun lewat petang dan lewat malamnya pula terpaksa bergegas pulang kembali ke Pulau Pinang. Dengan melalui lebuhraya utara selatan aku memecut menghala ke Ipoh.............sesekali jarum meter kelajuan kereta mencecah angka 150 km/h, dan sesekali itu juga wife aku menunjukkan rasa tak selesa bila tengok aku melayan kelajuan......apakan daya destinasi perlu aku jejak sebelum malam seboleh-bolehnya kerana destinasi kami iaitu rumah bapa saudara wife aku tu, wife aku sendiri pun tak pernah sampai, malahan kawasan kampung yang dia tinggal tu aku sendiri pun tak biasa walaupun aku pernah tinggal di Ipoh dahulu.
Menjelang senja kami sampai di Ipoh dan terus ke jalan Pasir Putih. Dengan panduan dari ibu saudara kami cuba menjejaki rumah bapa saudara tu. Lebih satu jam berpusing-pusing dan setelah bertanya di beberapa rumah orang, destinasi masih belum diketemukan.......
Dalam berpusing-pusing tu aku sempat singgah ke sebuah surau untuk bersolat....
Setelah banyak membuang masa mencari rumah, emak saudara wifeku akhirnya sampai untuk menunjukkan rumah....Alhamdulillah akhirnya rumah Pak Su kami jejaki, maka urusan pun diselesaikan....................
Keluarga paksu
'Pak Su'....kali ketiga rasanya aku bertemu dia dalam 10 tahun perkahwinan aku dan isteriku.
Selesai sahaja segala urusan, tanpa berlengah kami terus bertolak pulang kembali ke Pulau Pinang.
Dalam pada itu, perut pun dah tak tertahan lagi menanggung lapar...apa lagi maka berhentilah kami sekeluarga untuk makan malam. Masakan ala Thai lah jadi pilihan....apa lagi yang ada malam-malam ni, dari utara hingga keselatan....semuanya makanan Thai sajalah.
Selesai makan kami meneruskan perjalan balik.
Kami selamat sampai ke Penang setelah waktu melewati tengah malam.....badan letih, mata pun dah berat.....sekian satu kisah sehari 'berkejaran' yang memenatkan.
Kami selamat sampai ke Penang setelah waktu melewati tengah malam.....badan letih, mata pun dah berat.....sekian satu kisah sehari 'berkejaran' yang memenatkan.
Dipertengahan minggu pelbagai masalah ditempat kerja aku hadapi, dengan quality issue yang sangat besar hinggalah kepada kerja-kerja aku yang masih tertangguh. Masalah dengan kualiti barangan yang dihasilkan ditempat kerja pula telah membuatkan aku terpaksa memanggil meeting sampai 2 kali sehari buat beberapa hari.....dan ianya masih lagi tidak selesai sehinggalah ke hari ini. Pelbagai perkara berbangkit, pelbagai cadangan penyelesaian dibentangkan, maka pelbagailah jugak perkara=perkara yang aku perlu uruskan selain dari pelbagai pihak yang terpaksa aku hubungi.....hari ke hari berlalu terlalu pantas dengan kehadiran maslah besar yang tak terduga itu.....setiap hari adalah hari yang memenatkan bagi ku.....
Tiba dihari Jumaat, tekanan telah makin berkurangan.......mood kebanyakan mereka ditempat kerja pada hari tersebut lebih kepada
majlis dinner pada malamnya dan majoritinya telah pulang awal pada hari tersebut........Sabtu berlalu pantas, Ahad tiba di lewat petangnya....aku sekeluarga ke Perai untuk ke Giant. Walaupun jauh dari rumah berbanding Carnival Mall yang hanya bertentangan dengan kawasan perumahan yang aku tinggal tapi ia menjadi pilihan kami kerana ia lebih mudah kerana tiada kesesakan.
Tiba di Perai aku ternampak satu Land Rover polis dan sebuah kereta Proton Waja polis yang tertulis 'JSJ' iaitu dari cawangan siasatan jenayah menghala ke kilang Gula Prai. Di fikiran terlintas akan perkara buruk yang mungkin telah berlaku di pekan Perai lama. Aku terus mengikut kereta Polis menuju ke tebing Sungai Perai. Dari jauh dapat dilihat orang ramai berpusu disatu tempat. Terus aku capai kanmera dan menuju kekawasan tersebut.
Rupa-rupanya satu mayat telah ditemui terapung disungai.
Orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihat mayat yang ditemui
Antara anggota bomba dan penyelamat yang berada ditempat kejadian.
Rupa mayat yang ditemui
Rupa penuh
Dengan ketibaan Polis, mayat terus dimasukkan ke dlaam plastik dan diangkat ke atas Land Rover
Diangkat ke atas Land Rover
Bot Polis marin menunggu di sungai, digunakan dalam kerja mengeluarkan mayat dari sungai.
Senja nan merah di lindungan Jambatan Sungai Perai.
Satu lagi minggu telah berlalu.....adakah minggu kali ini telah memberikan hasil yang baik?!?!?!....
Aku pun kurang pasti.....masa berlalu, satu lagi kisah perjalanan hidup aku tercatat.