Allahhuakbar...Allahhuakbar......Allahhuakbar....Walillahilham
Berakhir lah sudah Ramadan pada tahun ini maka dengan ini ianya juga menandakan Syawal kini telah menjelma. Sedar tak sedar Aidilfitri menjelma lagi dan 1 Syawal disambut dengan penuh kemeriahan oleh semua lapisan masyarakat Islam. Bila bercakap pasal sambutan Aidilfitri setiap keluarga ataupun individu sudah pasti ada cara tersendiri ataupun rutin yang diadakan setiap tahun dan ini tak terkecuali jugak bagi aku sendiri. Kalau dulu masa kecil Aidilfitri adalah satu hari yang memenag dinantikan, oleh tiu memang terasa meriah sangat akan HAri Raya ni, tapi bila dah dewasa rasanya makin kurang dah rasa meriah tu. Tapi oleh kerana anak-anak pun dah makin besar ni tak adil rasanya kalau aku nak ikutkan 'rasa tak meriah' aku tu. Ini masa anak-anak jadi seharusnya aku memberikan raya yang terbaik untuk mereka pulak untuk merasa.Memeriahkan lagi raya tahun ni, kedatangan orang baru dalam keluarga aku iaitu anak ke tiga aku, Syahzad.
Jejak cerita Aidilfitri aku tahun ini rasanya patut bermula seminggu 2 sebelum Aidilfitri sebenarnya, bila aku menempah baju Melayu. Nak dijadikan cerita baju yang aku tempah tu tukang jahit tu dah tersilap jahit di bahagian leher menyebabkan baju yang dah siap tu mencekik leher bila dipakaikan butang, pasa masa baju tu diambil hanya tinggal 1 minggu sahaja dari hari raya. Menambahkan lagi masalah, baju tu aku dah bawak balik ke Penang setelah aku tempah dan ambil di Perlis.....apalah nasib aku ni?!?!?!.....dah berapa tahun aku tak tempah baju Melayu, dan bila dibuat macam-macam hal lah pulak. Akhirnya baju tu terpaksa aku poskan ke kedai tu balik melalui adik lelaki aku. Seterusnya melalui telefon akhirnya maslah itu dapat diselesaikan dan baju tu aku sempat disiapkan menjelang malam hari raya. Settle satu hal.
Malam Raya tu aku dan keluarga sampai lewat di kampung, dah larut malam, namun sempat jugak anak-anak aku join sepupu depa main bunga api dan mercun. Apa pun tahun ni nampak gayanya, terasa sangat yang kurangnya mercun nih dan kalau ada dijual pun harganya boleh tahan mahal. Nasib baik dalam perjalanan balik ke kampung aku sempat beli 2-3 jenis mercun di pekan Air Hitam untuk anak-anak aku. Mengikut cerita penjual mercun tu, pintu sempadan dibuka 2 jam untuk mercun masuk melalaui pintu sempadan.......aku tergelak bila dengar cerita dia....hehehehehhee. Pandai lah hangpa, pintu sempadan bukak untuk bawak masuk mercun konon ayat cover lah tu, ahhhh tak kisahlah janji aku dpaat beli mercun walaupaun variety tak seberapa dan kuantiti tak banyak......alaaaa anak-anak nak main bunga api saja pun, mercun yang besar-besar tu bapak budak yang nak main.
HAri Raya Yang Pertama....
Bangun awal, tak mandi, berwuduk terus solat subuh.......termenung sekejap di depan rumah......
fuhhh sejuk betul kat kampung ni. Tak payah air cond pun, tapi tidur sampai bungkus rapat-rapat. Apa taknya kalau lubang angin di 2 sisi tingkap dan dinding jenis sisip, kena pulak angin sejuk yang terperangkap dalam pokok buluh bertiup kedalam rumah...............sampaikan liat betul nak solat subuh. Tapi aku suka betul bila dapat duduk depan rumah dan merenung jauh.......priceless moment.
Puas bermenung, terus aku mandi dan bersiap untuk kemasjid. Wah segak sungguh aku rasa tahun ni, ya lah dengan baju Melayu baru aku tu........itu yang semangat sebenarnya, terasa macam budak-budak pulak sekali sekala, excited dengan baju baru. Dah siap terus aku ke masjid Kampung BAtu 2 Lama, kampung aku.
Seperti Aidilfitri tahun-tahun sebelum ni, masjid Batu 2 lama penuh dengan anak-anak kampung yang balik berhari raya. Untuk mengelakkan rasa tak selesa aku sembahyang kat luar saja di atas permaidani yang dihamparkan di kawasan letak kereta. Melalui kutbah baru aku tau yang kampung aku akan dalam proses untuk membina masjid baru dan bakal digunakan dalam 1-2 tahun lagi............memang sepatutnya kampung aku dah ada masjid baru, sembahyang waktu biasa pun ramai orang guna dan kalau Jumaat dan Hari Raya tu tak payah cakap lah memang sampai ke luar la jawabnya.
Balik dari solat sunat Aidilfitri......apa lagi layan ketupat rendang la.
Rendang
Syahzad Aqeil
Raya pertama untuk anak bongsu aku ni, selamat datang ke dunia ini.
3 sepupu
Balik ke kampung, anak-anak aku dan anak saudara akulah yang paling gembira, bagaikan lupa diri masing-masing, main dari pagi sampai lewat malam tak henti-henti. Di kampung ni aku tak risau sangat nak lepas depa semua, pi la mana pun keliling kampung ni tak ada apa yang nak di risaukan.
Rumah arwah tok long Midah jiran sebelah di kampung
Setelah selesai makan aku sekeluarga disertai adik lelaki bongsu aku pun bergerak untuk ke pusara ke dua-dua orang tua kami yang disemadikan di tanah perkuburan kariah Ngulang.
Ucapan salam dari aku untuk ke dua-dua arwah orang tua aku yang terletak berselang 4-5 kubur antara satu sama lain.
Di dalam hati aku berkata kepada orang tua aku,
"Mak abah abang mai lagi ni, ini abang bawak adik sekali dengan semua cucu-cucu mak abah ni, dah bertambah lagi cucu mak lagi sorang".
Pusara arwah emak
Al -Fatihah buat kedua-dua orang tua ku. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua dan semoga ditempatkan dikalangan orang beriman...........tidak pernah ku lupa berdoa untuk mereka setiap kali bersolat.
Setelah meluangkan masa selama setengah jam, matahari pun makin meninggi...kami pun bergerak untuk ke rumah Pak Su Choh iaitu bapa saudara sebelah abah.
"Mak abah, abang balik dulu......nanti ada masa abang mai lagi....." itu kata aku dalam hati, jauh disudut hati aku jugak berkata, satu hari nanti aku juga akan mendiami daerah sepi ini, hanya masa menjadi batasannya. Itu sesuatu yang sudah pasti.
Aku melangkah perlahan untuk beredar, kenangan bersama kedua orang tua aku berselang terimbau di fikiranku......kenangan demi kenangan yang pasti tak akan kembali.
Tiba di rumah pak su, makin cantik rumah Pak Su Choh ni, dah ada dataran dah di depan tu.......semua tu dibuat dengan tulang empat kerat dia sendiri.....inilah hasil dari kesungguhan dan usaha yang berterusan.
Rupa-rupanya ramai sepupu-sepupu aku ada di sini....
Yang kecik tu pangkat bapak saudara 2 orang yang besar tu..........
Anak-anak aku, sepupu-sepupu aku dan anak-anak sepupu aku. Ramai lagi yang tak datang hari ni, kalau tidak memang meriah gila-gila.
Anak sulung Kak Ani...dah jadi lecturer di Universiti Lim Kok Wing
Pak Su Choh, adik lelaki bongsu abah, rumah pak su adalah destinasi utama bila balik ke kampung.
Pak Su dok bercerita tentang dunia basikal klasik
Menjelang lewat petang aku sekeluarga pun meninggalkan rumah pak su menghala pulang ke rumah arwah orang tua ku.......
Sebelah malamnya aku sempat melawat nenek sebelah emakku yang aku panggil to Jar.berbanding setahun lepas aku rasa tok aku ni makin sihat dan ada perubahan positif lepas di bedah penghujung tahun lepas cuma ingatannya dah tak sebaik dulu.
"ni anak sapa ntah ni, dulu ada mai dengan abang kan?!?!?.......abang tak mai ka?!??!?" tanya tok aku.......
mmmm....susah aku nak jawab, sah lah tok aku ni dah memang langsung tak kenal aku dah....
sedih aku bila tok aku tanya macam tu....apa taknya, manalah aku ada abang sebab aku anak sulung.......bila makcik aku bagitau aku ni cucu dia, itupun dia tak dapat recall aku ni cucu dia dari anak dia yang mana satu......
Tok Jaq (Hajar), dah lama aku tak melawat nenek aku ni.
Inilah secebis kisah 1 Syawal aku untuk tahun ini......Allahhuakbar...Allahhuakbar......Allahhuakbar....Walillahilham