Pagi ini diketika aku sedang mengelamun dalam dunia aku yang sentiasa sibuk dengan kertas kerja ini, aku di terjah dengan soalan menarik dari seorang kenalan. Soalannya simple sahaja bertanyakan akan keadaan cuaca ekonomi dunia sekarang nie, yang tidak menentu ini. Sepertimana dunia yang sering dilanda cuaca tak menentu disebabkan oleh tangan-tangan perosak punca kepada earth warming begitu jugalah kekalutan yang telah berjangkit kepada sistem ekonomi.
Yang pasti teman ini amat risaukan tentang kerjanya, akan risiko kehilangan kerja disebabkan keadaan ekonomi yang amat teruk sekarang. Ada ura-ura company akan mengurangkan 10% kakitangan tapi itu belum pasti, tapi yang pasti ramai juga yang sedang menunggu peluang tersebut jika ada. Juga pasti ramai yang tidak mahu ia terjadi. Jawapan aku buat teman, jangan buang masa memikirkan itu semua jika kita tiada penyelesaiannya, jika ada adalah lebih baik tumpukan kerisauan itu pada penyelesaian tersebut. Terdapat beberap pilihan bagi masalah ini pertamanya bersedia untuk kehilangan kerja dengan memulakan perniagaan ataupun mencari kerja lain. Jika tiada maka lebih baik berdiam diri tumpukan pada apa yang sedang dilakukan daripada membuang masa berfikir pada sesuatu yang tak memberi pulangan.
No comments:
Post a Comment