Friday, May 28, 2010

RS Cafe, Sikat 3 rasa, Daging masak merah

Buat kali ke 3 kalau tak silap untuk bulan ni, kawasan aku tinggal ni terputus bekalan elektrik lagi. Entah apalah masalahnya, dah kira kerap sangat dah ni dan setakat yang aku ingat berlaku di sebelah malam. denagn keadaan cuaca yang terlampau panas sekarang ni terputus bekalan elektrik ni sangatla menyusahkan. Malam semalam bila dah tak ada bekalan elektrik tu aku dan family pun apa lagi mulalah menjelajah keluar sambil mencari tempat untuk makan malam. Lalu di kawasan Bagan Ajam aku terperasan yang RS Cafe telah kembali dibuka di Jalan Mat Saad.

Daging masak merah RS Cafe

Sebelum ni RS Cafe ni memang terkenal dengan makanan-makan yang dijual disitu juga dengan sebagai satu tempat yang selesa untuk lepak-lepak. Kedai ni juga sebelum ni pernah keluar dalam rancangan Warung Kita semasa rancangan tu buat liputan tentang kedai makan di Pulau Pinang satu masa dulu dan aku sendiri pun dapat tahu tentang tempat inipun melalui rancangan itu jugak. Malam semalam akhirnya dapat jugak aku merasa masakan disitu.




Sikat masak 3 rasa......itu dalam kertas budak yang ambik order. Sebenarnya siakap 3 rasa, lagi sebenar dari yang sebenarnya, ikan ni adalah ikan merah......mana taknya ikan siakap semua bagak-bagak takut tak habis pulak, so ambik ikan merah dah la, kecik sikit.

Kakak dengan abng sedang kayuh, makan tak seberapa pun budak-budak ni jenuh aku tinggi suara suruh habiskan, bapaknya biasalah tak keluar suara pun boleh habis heheheheheheeee.......emaknya tukang sapu kasi bersih, sebab aku tak pandai makan ikan....masalah biasa aku dengan ikan.

Thursday, May 27, 2010

Sukan Pos Malaysia....apa hal?!?!?...







Nak kata sibuk sangat tak lah sibuk sangat pun, nak kata free tak lah jugak free sangat. Tapi yang pasti malas sungguh nak update blog ni, mungkin ni sebahagian dari fasa pasang surut dalam hidup kot, ada masa rajin ada masa malas. Tapi yang tak tahan tu memanjang rasa malas, entah bilalah fasa rajin tu nak berpanjangan. Weekend baru ni aku sempat ke sukan Pos Malysia di USM yang mana disertai oleh adik aku tu. Alang-alang dia mai sini aku pun bawaklah dia pi makan-makan dan malam tu sempat jugak aku attend acara pembukaan. Walaupun aku hadir sebagai penonton, tanpa segan silu aku tetap ambil gambar macam biasa, saja buat menyemak acara. Yang lebih penting semua gambar ni untuk simpanan adik aku.

Posmen mengikut era
Dulu lain, sekarang lain.....

Suasana di dalam stadium USM.


Ketibaan Tan Sri Aseh Che Mat, Pengerusi Pos Malaysia Bhd.







Wednesday, May 19, 2010

Hentian


Dah lama aku dok plan nak ke stor KTM di Perai ni, sebelum ni aku cuma tengok dari jauh saja, nampak menarik. Mungkin bagi sesetengah orang tak ada apa pun dengan bangunan buruk macam tu, tak lebih dari sebuah bangunan saja tanpa sebarang makna. Bagi aku apa yang menarik adalah rekabentuk lama yang dapat dilihat pada bangunan ni, menarik dengan ciri-ciri klasik dan lama. Inilah apa yang aku dapat dari masa tidak sampai setengah jam di situ, dengan sedikir touch up ringan jadilah apa yang ada di sini. Tak seberapa hasilnya bagi yang pro, tapi bagi aku cukup menarik buat ketika ni. Silalah komen kalau berminat.

Suatu masa dulu stor atau depoh ini mungkin sibuk dengan aktiviti penyenggaraan keretapi yang dilakukan disini, tetapi sekarang ni nampak macam dah terbiar kosong.
Tempat ini juga mungkin pernah bergema dengan hiruk pikuk bunyi pekerja menjalankan tugas dan bunyi kerja besi yang dilakukan.
Menyimpan kisah dan cerita tersendiri, hanya bermakna buat mereka yang pernah bertugas di sini. Bagaikan ruang masa yang terhenti.........

Perjalanan

Tuesday, May 18, 2010

Mayday....Mayday....Mayday

Pergh!!!... bulan ni sungguh mencabar kredibiliti aku sebagai seorang manusia nampaknya. Satu demi satu cerita dan perihal al kisah hidup menimpa yang nampaknya agak memenatkan poket nampak gayanya. Satu demi satu hanya di sepanjang bulan May ini........

Adik ipar kawen bagi short notice............itu ini, gitu gini..... few hundreds RM

Prior pergi Pahang, alarm/spot light kereta.....another few hundreds RM

Kereta ....service...........few hundreds lagih

Bertandang ke pihak lelaki nun di Pahang.......another few hundreds RM

Roadtax insurance kereta...........Rm 1K++

Saman speed trap......tak settle saman, tak boleh renew roadtax.......RM few hundreds

Battery kereta kong..........another few hundreds RM

Sakit jiwa, sakit hati, penat, mengah dan tenstion .................PRICELESS

Hampeh betoi!!!!.........

Monday, May 17, 2010

Weekend time out

Dah lama tak bermandi manda dengan anak-anak. Hari ni ada kesempatan, follow family mertua apa lagi budak-budaktu dapat la layan berendam. First time untuk orang baru dalam family aku.
Baru nak berendam lama sikit dah hujan pulak, terus lari naik takut kepala air. Terus jugak lari balik.
Singgah ke Lunas, Koy Teauw goreng Taman Sejahtera, Kulim. Memang holiau!!!...........


Yang ni tak perlu diperkenalkan lagi, laksa Taman sejahtera , ini dah memang terkenal dah kalau di Kulim......yang ni pakej Mambo.


Rombongan cik kiah makan laksa.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, di SK Convent Butterworth

Bersempena dengan Hari Guru Tahun ini semua sekolah di Malaysia telah diarahkan untuk mengadakan gotong royong ni , dengar ceritanya ramai guru yang rasa tak puas hati sebab terpaksa bekerja lebih. Bersempena dengan Hari Guru ini juga, bagi 'memeriahkan' majlis aku pun turut menghadirkan diri ke sekolah anak aku ni. Dibawah tu beberapa gambar yang diambil pada hari tu, tak banyak nak komen semua.

Selamat HAri Guru Cikgu, tengah buat persiapan pentas. Entah apa yang diorang plan untuk Hari Guru Isnin nanti. Ada jemputan untuk makan tengah hari bersempena dengan itu.

Cikgu Zulkifli, spontan jadi gambar pun tinggal sekerat

Mr Harjit dan pekerja pembersihan

Makcik ni pekerja permbersihan, jadi model lah plak

Mr Harjit, memang aktif dia di sekolah Convent ni sebagai seorang AJK PIBG.
Mr Harjit dan Mr Jeffrey, 2 orang ahli PIBG.




Hajah Hafsah, Guru Besar SK Convent Butterworth, orang lama di bidang pendidikan dan berpewatakan tegas. Banyak jugak kisah menarik di kongsi. 
Cikgu-cikgu sedang menikmati jamuan yang disediakan. Hidangan istimewa gulai ikan kering dari Tanjung Dawai..


Selesai gotong royong, penuh satu lori dengan bahan buangan.


Tak semudah yang di tulis

Guru Besar, Hjh Hafsah bakal bersara hujung tahun ini.......

Inilah hasilnya setelah setengah hari masa dihabiskan di sekolah kakaknya. Hehehehehehehehehe....boring giler!!!!!.......takpa besok abah bawak pi mandi sungai Ulu Paip OK?!?!?!........