Friday, June 29, 2012

Jalan-jalan siber


Baru-bari ini aku membuat keputusan untuk mengubah sesuatu jauh dari kebiasaan. Yang sebenarnya aku telah membuat keputusan untuk bertukar kerja dari office hour kepada kerja shift ..........mmmm kembali macam dulu-dulu. Lama betul aku tak bekerja didalam shift ni tapi demi matlamat aku yang satu (rahsia) aku gagahkan jua diri untuk mengahdapi cabaran yang lurbiasa hebatnya ini, dan entah untuk berapa lama agaknya aku mampu bertahan. Matlamatku perubahan ini adalah untuk sementara, ya... sehingga matlamat aku tercapai sahaja....aku harap selepas ini aku dapat kembali kepada cara lama.

Hari ni aku bekerja  dan tidak banyak yang aku kerjakan sebenarnya......jadi aku dapat meluangkan masa untuk berjalan-jalan berziarah dialam siber. Aku perhatikan kebanyakan blog yang pada suatu masa dulu agak aktif tapi kini semakin lesu dan termasuklah juga blog aku sendiri, dilihatkan pada tarikh nampaknya ini semua kerana penangan Mukabuku lah ni.........bila beralih kepada Facebook maka habis blog masing-masing ditinggalkan dan termasuklah aku sendiri. Apa pun alasannya yang paling penting adalah semangat dan istiqamah dalam diri masing-masing yang menentukannya samada kita mampu membuat sesuatu itu secara berterusan atau tidak. Dan aku ingin merubah sesuatu tentang diri aku tentang ini.......

No comments:

Post a Comment