Sabar

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. "......Al Baqarah ayat 155-157.



"Komunis yang dalam hutan dah letak senjata, 'komunis' dalam pekan ni yang paling kena jaga-jaga......"...Arwah mak aku kata (1989) , bila aku kata kita dah menang bila komunis sign agreement dengan kerajaan Malaysia.



Sunday, February 12, 2012

2011 yang berlalu pergi

Kini di awal 2012, rentak perjalanan rutin hidup aku masih agak sama seperti tahun sebelum ini. Aku masih lagi setia menjadi pengunjung gym dihujung minggu iaitu sesuatu yang aku mulakan dari awal 2011 lagi. Jika awal 2011 dulu berat aku menjangkau 131kg, kemudiannya setelah beberapa bulan aku telah berjaya mengurangkan lebih dari 13kg. Menjelang hujung 2011 dan menjengah 2012 berat aku naik 1-2 kg dan ini semua gara-gara cuti sekolah haritulah bila aku mengurangkan aktiviti ke gym dna bermain badminton....yalah musim cuti sekolah, hujung minggu saja mestilah layan kenduri kan , apa lagi. Semasa musim cuti sekolah yang lepas juga aku berkesempatan membawa anak-anak aku berjalan-jalan ke Hatyai.....sebenarnya aku sendiri pun walaupun berasal dari negeri yang bersempadan dengan Thailand namun aku sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Hatyai, dah ada kesempatan tu apa lagi maka aku kerahkanlah tentera-tentera aku tu.
Moh kesana kita.....alamak, nak kena sambung lain kalilah ada keroje lah pulak.hehehehehheee

0 comments:

Post a Comment