Demi melayan kenangan kayuh aku sebelum basikal aku hilang di curi pada bulan puasa tahun lalu, maka hari aku peruntukkan awal sebelah pagi hari ni untuk menyusuri kembali laluan yang biasa aku lalui dengan basikal dahulu, cuma bezanya kali ni dengan menggunakan motor. Banyak kenangan semasa aku selalu buat kayuhan solo dulu terimbas kembali, kenangan dikejar anjing, sesat, keletihan terlampau, juga 'penemuan-penemuan' aku dengan tempat-tempat menarik. Semua ceruk kampung di Permatang Pauh mengunjur ke Sungai Dua di utara dan Guar Perahu di timur dah menjadi laluan biasa aku dan semuanya aku dah sampai.
Semasa balik hari ni pun aku dikejar anjing jugak, tapi kali ni no hal lah!!.....aku angkat kaki atas handle terus pulas minyak, haaa hambat la sepuas hati hangpa anjing oi!!!!......celaka punya anjing!!!........
Selain tu, beberapa hari sebelum ini aku juga sempat bawak anak-anak ronda-ronda sempena cuti Tahun BAru Cina.
Minggu baru dah bermula, hari baru bakal menjelma...........maka kembalilah kita kepada rutin yang biasa-biasa dan penuh dengan kesibukan ciptaan manusia demi untuk sesuap nasi demi survival........
No comments:
Post a Comment