Tuesday, September 8, 2009

Gerek ku dah hilang!!!........

Hari ini sekali lagi aku ditimpa bala bencana. Setibanya aku dirumah di Seberang Jaya dari kampung, aku terus ternampak dawai pagar yang dah terbuka/terkoyak dipotong. Ya Allah!!....ini tentu pencuri dah pecah masuk ni!!!.........Aku terus meluru masuk kedalam rumah dan mendapati pintu belakang dan hadapan masih lagi berkunci. Alhamdulillah!! Maksudnya pencuri tu tak masuk kedalam rumah........tapi apa pulak yang hilang ni?!?!?..........bila saja aku keluar kehadapan rumah di sebelah penyidai baju……….
Ya Allahhhh!!!!!..........basikal aku!!!!.............kedua-duanya dah tak ada!!!!.........dah sahlah penyamun-penyamun tu dah melarikan basikal aku kedua-duanya. Hai nampaknya bencana sekali lagi bertandang dalam hidup aku ni…..ntahlahh ?!?!??!...

Aku terus terdiam sedang bini aku dok mula mengeluarkan ayat-ayat "kalau"nya tu………dah terlambat nak ber"kalau" dah, nasi dah jadi bubur. Aku Cuma diam sajalah ………...Dari gaya modus operandi dan cara diaorang masuk, nampaknya diaorang dah plan dengan teliti dan memang dah target basikal aku tu untuk dicuri. Dari segi kedudukan rumah aku tu, aku rasa pencuri keparat tu memang orang dari kawasan sini jugak disebabkan kedudukan rumah aku yang agak terceruk dihujung lorong dan dilakukan oleh lebih dari 2 orang.

Kepada rakan-rakan se MTB sekalian, disini aku memohon kerjasama dan jasa baik kengkawan sekalian. Tolonglah buka-bukakan mata dan telinga, jika mendengar atau ternampak basikal aku ini atau ada cakap-cakap tentang orang-orang yang cuba menjual barangan basikal pada anda tolonglah hubungi aku. Sebar-sebarkan juga pada rakan-rakan lain, juga kepada mereka yang baru berangan-angan nak beli basikal yang mungkin bakal menjadi sasaran utama sebagai pembeli barangan curi ini.

Sebenarnya aku kehilangan 2 basikal iaitu Corratec yang selalu aku guna tu dan juga Diamond Back yang jarang digunakan . Walaupun bagi sestengah orang harga kedua-duanya tidak seberapa tapi bagi aku tidaklah kecil nilainya. Sila refer pada gambar di atas untuk gambaran sebenar basikal juga gambar Diamond Back akan aku masukkan kemudian, jika ternampak atau mempunyai maklumat berkaitan sila hubungi aku di 012-4257495.

Yang kecewa, terpana, terkesima dan frust tahap gaban,

Bob a.k.a Syahazli

No comments:

Post a Comment