Monday, October 19, 2009

Buleh tahan anak aku ni..


tengah aku dok transfer file masuk dalam handset bini aku, terjumpa lah pulak gambaq anak aku tengah kena denda kat nurseri yang aku hantar dia tu..........dah tak dengar cakap sangat inilah akibatnya, memang masa hantar budak-budak ni masuk sekolah dah cakap kat teacher Aini pengetua sekolah tu, kalau diaorang naughty denda saja, baru depa tau sikit......

Setahu aku kat nurseri ni yang paling dasyat depa tambat sorang budak kekerusi sebab naughty sangat hehehehehee..........itupun sebab dah sampai tahap tak boleh nak buat apa dah, aku tau bukan ikat betul-betul pun cuma gempaq buat-buat ikat saja........Nasib baik bukan aku yang jaga, kalu tidak mau aku ikat ke kipas..........Dah 5 tahun aku hantar anak-anak aku ke nurseri ni untuk tadika dan transit dan setakat ni bagi aku dan wife memang tak menghampakan, amat puas hati persekitarannya, satu sekolah yang amat baik pada harga berpatutan walaupun nama tak segah nurseri atau tadika lain yang besar-besar. Bagi aku tadika atau nurseri yang terlampau ramai pelajarnya hanya akan membuatkan anak-anak terbiar walaupun membayar harga yang mahal.........

Sunday, October 18, 2009

Untuk aku ka!?!?!?!....

Tazkirah Jumaat : Jangan Mengeluh!!!

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

*Dari Redzrake......Balada Seorang Programmer Jalanan.

Ipoh pigi.....


Dah lama aku tak berkesempatan ke rumah nenek sebelah wife aku di Ipoh, dah tak ingat dah pun bila last aku kesana. Jadi bila kali ni family mertua aku plan nak turun sana, aku tak banyak cakap saja la, bak kata abang Jem (Salleh Yaacob).......'I follow!!!!.....'ajerrr. Cuma kali ni depa plan nak tidur sana pulak itu pun 'I follow'.......cuma aku tak tidur rumah nenek jer lah, tapi lepak hotel......banyak hotel penuh hujung minggu baru ni, jenuh jugak la aku nak cari sebab main walk in saja hari Sabtu tu. Oleh kerana dah semakin lewat aku pun main hentam saja pilih hotel, malas dah haih nak pusing-pusing lagi.......ini pun lepas aku dah check di kaunter 'well known' hotel yang aku tau disekeliling bandar Ipoh. Last sekali aku pun dapat lah satu family room di sebuah hotel kecik, rate bilik pun murah dan amat selesa untuk sekeluarga 4 orang sekeluarga macam kami. Semasa check in di hotel mulanya aku tak perasan sangat keadaan sekeliling kawasan tu, check in kat kaunter dan terus saja masuk beg. Bila maghrib aku pun balik semula ke bilik dihotel tu untuk merehatkan diri.....penat melayan kerenah anak-anak saja yang lebih, banyak songel betul anak-anak aku ni. PAda awal malam tu aku pun turun ke bawah pusing-pusing kawasan tu sorang-sorang aku, meriah jugak kawasan ni. Aku pun ambik keputusan untuk lepak di cafe dihotel sebelah, alaaa macam secret recipe tu lah jugak nama pun ala-ala secret recipe (malas nak sebut nama), cafe tu makanannnya boleh tahan jugak rasa dan harganya setanding lebih kurang secret recipe jugak. Sambil minum, sambil tengok orang ramai dengan aktiviti masing-masing. Dah lama aku tak layan kepala macam ni, bukan buat apa pun cuma melihat-lihat cara hidup orang dan fikir-fikir.........

Malam semakin lewat, aku masih lagi dicafe tu menonton TV seorang diri aku......... menjelang saja tengah malam aku tengok kawasan sekeliling dah semakin meriah pulak. Semakin ramai orang llu lalng dan makin banyak pergerakan dikawasan ni.....Perempuan-perempuan yang lalu lalang pun aku tengok ramai yang dressing macam nak pergi dinner saja, dengan baju yang boleh dikatakan kebanyakannya menayang aset masing-masing......ish pelik aku tengok. Apahal depa ni semua ni, mana depa semua nak pi........takkan jamuan hari raya seksi seksa kot?!?!?!.....sesekali ada seorang 2yang lalu yang pada mulanya aku tak perasan ke mana arah tujuan.......

Aku duduk memerehati sahaja dari jauh, melihat mereka-mereka ini lalu lalang dan menghilang........





Thursday, October 15, 2009

BM Mountain Bike Carnival 2009




Baru-baru sempat jugak aku pi tengok BM MTB carnival ataupun nak senang cakap BM jamboree. Nak kayuh pun dah beskal aku hilang so takat jadi penonton sajalah dah tu sambil tolong ambik gambar kawan-kawan. Yang sebenarnya aku sedih jugak sebab tak boleh join, sekali-sekala dapat layan jamboree ni best gak sebab masa macam nilah nak test kita punya ketahanan walaupun aku sendiri selalu tak tahan. So pada hujung minggu tu, dengan penuh semangat aku bangun awal semata-mata tak mau miss jamboree tu sedangkan sebenarnya aku nak pi main badminton di Kulim pukul 9. Tepat pukul 7.30 pagi aku dah sampai di Mengkuang Dam.......sampai saja tengok keliling fuhhh!!! ramai sungguh pengayuh-pengayuh tegar join jamboree kali ni, dengan penuh bergaya masing-masing dah tak sabar nak kayuh.

Lepas saja snap gambar di starting point dan jumpa team Gerek-Kulim sekejap, aku pun terus cari port nak ambik gambar, takat yang boleh masuk dengan kereta saja la. Nyesal jugak aku tak pi dengan motor kalau tidak lagi senang aku nak masuk off road untuk ambik gambar, tapi bila fikir balik tak boleh jugak nanti macam mana aku nak bawak beg reket badminton semua tu. Nanti lagi pening orang tengok, kata aku buang tebiat pulak pi jamboree MTB bawak reket badminton heheheheee..........

Dah dapat port menarik, ni dok snap geng Gerek_kulim ni


Masa aku lepak di port disatu selekoh tu aku ingat nak makan nasi lemak yang aku beli sebelum tu sambil lepak ambik gambar. Tapi potong betul la!!!....... lalat banyak sungguh, penuh satu badan sampai kepala lalat hurung....walaupun aku ni kategori nak pi main badminton pun pakai minyak wangi, masih lagi tak terlepas kena hurun heheheehehehee...... last-last pakai tak jadi makan tang situ.

Nak beli beskal balik mungkin lambat lagi kot........aku ada target yang dah lama aku simpan dan ramai orang tau yang tu minat aku, cuma keadaan tak mengizinkan lagi. Dulu masa baguih dok plan, dah aku pi tangkap beskal tu dulu.....so sekarang target aku adalah impian lama aku tu........apa dia????!?!?!.......malas nak cerita, takut tak jadi lagi sekali.

Saturday, October 10, 2009

Masa senggang

Boring sungguh aku duduk dirumah tak buat apa-apa ni, dok layan TV saja sepanjang hari pun boring juga. Nak keluar merayap pun kepala rasa tak OK lagi dok rasa macam melayang saja, pagi tadi pun dok rasa sakit tak berenti. Bila sakit kepala ni aku jugak rasa macam mudah sangat nak marah, silap sikit mula la nak tinggi suara.........harap-harap hilang la sakit aku ni, tak selesa rasanya.

Petang ni spend masa melompat dari satu blog ke satu blog, layan memang la layan cuma masalahnya satu saja la orang rumah aku ni tak suka langsung aku bukak komputer kat rumah especially laptop untuk personal ni sebab dia tau aku bukan nak buat kerja tapi dok layan internet saja. Kalau aku bukak laptop hitam legam aku tu buleh lah jugak aku kata aku buat kerja, download mail ka, tapi bila dah bukak personal punya mesti aku layan surfing saja...........itu pun jadi masalah sangat

Friday, October 9, 2009

aku dan sabar

Dengan musibah yang tak surut menimpa diri aku dalam tahun ni, semua tu sebenarnya telah memberikan impak besar kepada diri aku. .......dan ini semua banyak bertumpu kepada sifat sabar dalam diri aku. Dengan semua yang aku dah lalui aku rasa aku lebih mengenali apa itu sabar berbanding sebelum ini dan bila dibuat perbandingan aku rasa dulu aku amat jauh dari sifat sabar berbanding sekarang dan secara tidak langsung, musibah ini juga telah membuat aku menjadi lebih sabar dengan hidup. Aku juga ada juga terfikir, adakah dugaan-dugaan yang menimpa aku ini adalah suatu petanda atau permulaan kepada sesuatu sebab kalau dilihat balik macam ada satu sambungan dari satu kepada satu yang lain.....mmmm ntahlaaa

Aku masih ingat, dulu aku ni boleh dikatakan panas baran tahap tinggi lah jugak. Pantang silap sikit aku mesti melenting punyalah tak kiralah sapa pun, dulu aku ingat lagi ada member buat lawak bodoh dengan aku bubuh ais dalam baju aku.......alaa seketul kecik jerrr, tapi terus aku tuang atas kepala dia sebungkus Milo ais.........kesian dia, bukan niat aku nak melenting tapi ntah kadang-kadang aku tak boleh control marah aku. Seingat aku, aku pernah marah sampai halau orang keluar dari rumah aku dan adalah lagi beberapa insiden yang aku rasa menyesal sampai ke hari ni.

Bila dah kahwin lebih kurang 10 tahun dulu, perangai angin aku tu mula berubah, mungkin sebab itu hikmah kahwin lah kot..........tapi aku rasa baran tu masih lagi agak tinggi cuma dapat dikawal sedikit, semakin anak aku membesar masing-masing dapat faham baran aku. Kadang-kadang tu aku malu dengan anak aku sebab kadang-kadang tu terlebih marah untuk benda-benda yang tak seberapa. Baran aku jadi lebih serius selepas aku berhenti merokok lebih 2 tahun lepas (baru lagi rupanya aku berhenti merokok ni).....Masa mula-mula berhenti tu kedua-dua anak aku tu adalah 2 insan yang paling teruk terkena tempias kesan psikologi hasil berhenti merokok tu. Kesian depa berdua.....teruk jugak anak-anak aku kena dengan aku, memanglah berpunca dari mereka sendiri tapi hukuman yang diterima tu kadang-kadang terlalu berat untuk kesalahan mereka...........selepas 2 tahun itu semua hanya tinggal kenangan, sebab tu sampai ke hari ini aku bertekad alang-alang aku bersusah payah sampai menyusahkan anak-anak aku untuk capai matlamat berhenti rokok, aku takkan sia-sia kan pengorbanan anak-anak aku tu......

Dalam tahun ini pulak musibah tak henti-henti menimpa aku........kesan dari semua yang aku tempuhi sepanjang tahun ini menyebabkan aku banyak muhasabah diri dan menjadikan aku lebih sabar cuma satu persoalan yang selalu bermain di fikiran aku.........bagaimanakah bentuk sabar yang dituntut kepada kita, bila mana kita ditimpa bala bencana??!?!?!?!!!........Adakah kita hanya perlu bersabar dengan menerima segalanya dengan penuh reda tanpa mempunyai sebarang perasaan marah/benci/dendam yang tersimpan???........Atau adakah sabar itu walaupun reda tetapi tidak mengapa jika kita menyimpan rasa marah meluap-luap, benci, dendam, sumpah seranah??!?!?.......

Apakah cara sabar yang sebenar dan yang dituntut didalam Islam.......dah menjadi satu ungkapan yang common.....ramai akan mamberikan nasihat untuk bersabar, tapi bagaimanakah bentuk sabar yang betul.........aku belum pernah mendengar tentang bab ini........

Aku amat berharap agar aku mendapat jawapan untuk persoalan ini.........

Thursday, October 8, 2009

Gerek-Kulim.......& aku di Bulu-Ayam Kulim

Seperti yang dah sedia maklum dengan kisah musibah yang menimpa aku semasa Ramadan yang yang lalu, kini dah pun sebulan dari kejadian itu......

Dengan kehilangannya gerek-gerek aku yang terchenta tu, sebenarnya dengan kejadian itu juga bersama-sama kehilangan gerek-gerek aku tu, maka kenangan aku di arena MTB ini juga sebenarnya turut di rampas dan diragut pergi secara kejam........

Sesekali aku berdiri didepan pintu rumah dan merenung di kejauhan, aku mengenangkan, alangkah indahnya jika perut yang dah sebak disumbat penuh dengan segala makneka makanan tatkala aku menurutkan kata nafsu makan aku ni.......dapat digunakan hasil tenaganya, dikala itu ingin benar aku nak panjat belakang gerek aku tu, ingin ku pecut gerek ku sehingga mencecah 25km/j buat sejam dua,ingin kubakar segala tenaga tersimpan ini, ingin ku pecahkan lemak-lemak ketupat dan rendang yang telah aku kumpul dari sedari awal Syawal itu, juga ingin ku selusuri jalan-jalan berbatu kecil off road di pinggir Sungai Perai ini menyususur hingga ke taman permainan berhampiran trek jogging Seberang Jaya.........dan sesekali juga ingin kubelai lembut tubuhnya dengan span basah itu demi menjaga penampilan agar tidak jemu dipandang. Tapi dikala itu juga aku tersedar dari lamunanku........gerek ku sudah pun hanya tinggal kenangan......pedih sungguh perasaan kehilangan sebegini.

LEbih menyedihkan, makna kehilangan tu menjadi lebih besar bila secara langsung atau tidak langsung ianya juga turut memberi kesan kepada Gerek-Kulim yang dikasihi, makin kurang jugak update aktiviti Gerek-Kulim ni dalam blog ni. Sesekali bila aku bukak blog Gerek-Kulim sedih sungguh aku rasa, sebab disinilah suatu masa sebelum ini menjadi medan aku berkongsi cerita suka duka Gerek-Kulim dan aku sendiri di arena MTB ni. Banyak sungguh kenangan bersama kawan-kawan yang boleh dikatakan kebanyakannya aku baru saja kenal.......kawan-kawan "tak kayuh maka tak kenal". Isk isk isk.......takpalaha nanti kalau ada rezeki aku beli lah sebijik untuk buat kayuh lagi.....Jika diizinkan Nya.

Thursday, October 1, 2009