Monday, December 20, 2010

Nasik kandar market Kangar

Nasi kandar market Kangar..................pergh jangankan aku, anak aku si baby ni pun meleleh ayaq lioq bila teringatkan nasik kanadaq market Kangar yang sekarang ni dah berpindah ke kawasan tidak jauh dari kampung Bakau.

Bila balik kekampung salah satu perkara utama yang bermain difikiran aku ni adalah 'nasi kandar market'........selama aku dok makan di sini belum sekali pun aku dapat mengambil gambar akan rupa nasi kandar ni, ini semua gara-gara kesedapan yang tak terhingga, sehinggakan nak mengambil gambar pun adalah satu kerugian masa berbanding dengan masa yang dihabiskan untuk menikmati nasik kanadar tersebut.

Masa musim banjir yang baru berlalu 2-3 bulan lepas, seperti yang aku pernah cerita ku sempat balik ke kampung untuk melihat keadaan rumah orang tua aku disana yang kini didiami oleh adik lelaki aku sekeluarga. Setela bermalam maka keeseokan pagi harinya apa lagi, agenda utamanya ialah nasi kandar market untuk sarapan.......terjumpa pulak dengan kawan-kawan lama masa sekolah aku dan juga anak sepupu aku si Munir (baru kahwin minggu lepas).

 mengeteh sampai awal pagi, dah tu pagi sambung di kedai makan ni pulak.
 Jalil dan Non , antara kawan baik aku dari zaman sekolah............Non ni tak pasal-pasal, kadang-kadang hantar message maki hamun aku........bukan sebab apa pun, sebab selalu tak dapat jumpa ataupun tak langsung tak contact member. Walaupun di maki hamun tapi aku terima dari sudut positif......kawan-kawan yang sentiasa mengingati......
 Munir anak Kak Chah, baru bergelar suami pada  minggu lepas......teringar raya beberapa tahun dulu semasa bertandang ke rumah pak su Choh, orang lain datang siap dengan pakaian raya berbaju melayu atau berbaju kurun............yang dia ni selamba dengan seluar pendek dan t-shirt.....kahkahkahkahkah...hang memang sempoi. Panggil dengan gelaran pak long kat aku........aku dah ada cucu dahhhh.....
 Jalil....kawan rapat dari sekolah rendah, sejak berumur 7 tahun. Sedar tak sedar ....dah 20 tahun lebih.
 Masa banjir dah mula surut.....itupun dikawasan ni masih lagi dalam, hampir paras dada rasanya.

Aku ada ramai kenalan yang gila-gila dan ntah apa apa...................hehehehhee ini apa punya fesyen aku pun tak tau, kopiah dengan seluar pendek.....ala-ala fesyen Islam Hadhari kot. hehehehehehehe...

Masa balik dari Perlis ke Penang aku melalui kawasan Tambun Tulang....ini bukan pemandangan dari dalam bot atau fere, ini dari dalam kereta aku ..............dikiri dan kanan jalan inilah pemandangan masa tu serta pulau-pulau ciptaan.
Sempat jugak aku join crowd berebut beli barang lelong dikedai ni.....sambar 2-3 barang ....tak lah murah sangat pun tapi disebabkan seronok dengan pesta, sambar sajalah apa patut.


Penuh selori dengan alatan untuk mencuci rumah.........hot item pasca banjir

Itulah catatan perjalanan aku semasa musim banjir hari tu...........

Monday, December 13, 2010

Lama

Rindu aku dengan blog aku ni........apakan daya masa tak mengizinkan aku untuk bermesra dengan blog aku ni, kekangan masa dan minda menjadi alasan ku. Banyak yang nak aku update tapi langsung tak berkesempatan, banyak yang aku lalui tapi tidak tercatit dan masa tetap berlalu pergi................

Lepas ni aku akan cuba masukkan sesuatu disini....harap-harap aku akan ada masa juga....banyak yang tertunggak untuk aku masukkan, hidupku kebelakangan ini penuh dengan aktiviti dan kebanyakan sempat aku potretkan dalam bentuk gambar.....tapi tak sempat pulak untuk dimasukkan......nantilah