Jauh perjalanan luas pandangan, jauh perjalanan jugak boleh sampai naik mual memandu. Kali ini ke negeri tok gajah iaitu negeri Pahang. Seingat aku kali terakhir aku ke Kuantan adalah lebih 15 tahun dulu.Kali ini setelah aku sampai lagi kesana, banyak sungguh perubahan yang aku nampak berbanding dulu, tapi aku taklah hairan sangat kalau banyak perubahan. Kalau sama jugak macam dulu mungkin itu baru betul-betul aku akan hairan.
Dah asyik terkurung saja lebih 2 bulan ni, bila saja dapat peluang bertandang ke pihak lelaki ini di Pahang aku pun macam ambik kesempatan jugaklah jalan-jalan bawak family. Cuma yang tak bestnya cuti tak boleh nak extend lagi dah kena ikut schedule wife dan anak-anak. Kalau diikutkan aku no problem nak cuti panjang sikit cuma anak-anak sajalah jadi masalah,sebab sekarang bukan cuti sekolah. Bila cuti sekolah pulak aku yang malas nak bawak anak-anak jalan-jalan sebab boleh dikatakan semua tempat crowded dengan orang bercuti. Perjalanan ke Kuantan hari tu sungguh memenatkan, aku rasa, balik dari kerja hari jumaat tu aku hanya sempat barang lebih kurang dan terus mula memandu menuju ke Kuantan. Sampai satu tahap aku dah tak boleh nak tahan mata aku lagi dah, memandu pun dah ketepi ke tengah.....tak nak ambik risiko, sampai saja di Temerloh aku langsung tak dapat nak memandu lagi dah sebab dah rasa macam nak hibernate sesangat dah. Wife aku terus sambung dari situ, dapat jugak aku lelap sejam sebelum aku kembali memandu.
Selain dari wife sebagai peneman aku jugak ada satu lagi pembantu menjadi penaman setia iaitu cik kiah......tak berenti-berenti Cik Kiah bagitau kona kiri dan kanan, bila laju sikit lebih limit mula lah dia bising bagitau dah exceed limit. Dalam masa dok guna Cik Kiah tu yang aku hairannya bila naik highway saja dia dok bising suruh turun pi jalan lama, jumpa susur keluar saja mesti dia suruh aku turun......sampai satu tahap aku dah tak tahan, aku pun ikut cakap dia. Maka bermulalah pengembaraan aku melalui jalan lama menuju ke Kuantan. Makin lama aku rasa dah makin merepek pulak, apahal Cik Kiah ni dok elok-elok guna highway dia suruh aku ikut jalan lama. Dalam pengetahuan aku, highway timur barat tu boleh sampai terus ke Kuantan. Takkanlah lembaga pelancongan Pahang set dalam GPS suruh lalu jalan lama kot entaha apa-apalah menatang ni. Sampai satu tahap aku dah tak mampu lagi ikut cakap Cik Kiah tu, terus aku cari highway balik. Bila naik highway tu Cik Kiah mulalah buat perangai balik. Sampai saja susur keluar dia mesti suruh aku keluar di situ, jenuh jugak aku lawan cakap Cik Kiah tu. Aku dah tekad dan aku dah kata kat dia......."malas aih aku nak ikut cakap hang, aku tak pedulik, aku nak jugak ikut highway ni!!!!............ Aku biarkan Cik Kiah tu membebel. Bini aku senyum saja bila tengok aku tak puas hati dengan Cik Kiah. Alahh dia yang mula dulu bukannya aku ada buat apa-apa pun.
Setelah jenuh menekan pedal minyak kereta aku tu, akhirnya sampai jugak aku ke bandar Kuantan tuh.........mula-mula sekali aku pusing cari family mertua aku la apa lagi sebab terus nak ke rumah kenduri pihak lelaki.

Dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang, sempat jugak aku singgah di Kuala Lumpur, pusing-pusing lepak-lepak sebelum bertolak pulang.