Sabar

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. "......Al Baqarah ayat 155-157.



"Komunis yang dalam hutan dah letak senjata, 'komunis' dalam pekan ni yang paling kena jaga-jaga......"...Arwah mak aku kata (1989) , bila aku kata kita dah menang bila komunis sign agreement dengan kerajaan Malaysia.



Sunday, February 12, 2012

2011 yang berlalu pergi

Kini di awal 2012, rentak perjalanan rutin hidup aku masih agak sama seperti tahun sebelum ini. Aku masih lagi setia menjadi pengunjung gym dihujung minggu iaitu sesuatu yang aku mulakan dari awal 2011 lagi. Jika awal 2011 dulu berat aku menjangkau 131kg, kemudiannya setelah beberapa bulan aku telah berjaya mengurangkan lebih dari 13kg. Menjelang hujung 2011 dan menjengah 2012 berat aku naik 1-2 kg dan ini semua gara-gara cuti sekolah haritulah bila aku mengurangkan aktiviti ke gym dna bermain badminton....yalah musim cuti sekolah, hujung minggu saja mestilah layan kenduri kan , apa lagi. Semasa musim cuti sekolah yang lepas juga aku berkesempatan membawa anak-anak aku berjalan-jalan ke Hatyai.....sebenarnya aku sendiri pun walaupun berasal dari negeri yang bersempadan dengan Thailand namun aku sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke Hatyai, dah ada kesempatan tu apa lagi maka aku kerahkanlah tentera-tentera aku tu.
Moh kesana kita.....alamak, nak kena sambung lain kalilah ada keroje lah pulak.hehehehehheee

Thursday, February 9, 2012

2012, nak kata mula lagi ka

Diimbas kembali posting-posting aku terdahulu dah cukup kerap aku tulis tentang permulaan demi permulaan kali ni aku rasa perkataan yang lebih sesui adalah aku nak meneruskan sesuatu yang aku dah mulakan dulu. Kalau diikutkan dengan masuknya tahun 2012 ni bermakna dah 6 tahun aku memulakan blog aku nih, cepat sungguh masa berlalu......Semalam aku berkesempatan melihat gambar-gambar anak aku semasa berumur 4-5 tahun.......terus aku terkenang pada anak-anak yang bila masa aku ditempat kerja mereka pula berada disekolah  ataupun di nurseri..........melihat gambar mereka, aku masih ingat semasa aku mendapat cahaya mata yang pertama dulu, aku pernah berazam yang aku akan menghabiskan sebanyak mungkin masa bersama mereka dan selama ini itulah yang telah aku buat.........gambar dibawah ini diambil beberapa tahun yang dulu sebelum kelahiran ank aku yang ketiga, kenangan semasa mereka menemani aku memancing di satu sungai di Kepala Batas.
Pada 2010 aku telah dikurniakan anak yang ketiga pulak....yang lebih memeriahkan hidup aku hahahahahahaha bertambah pening aku dengan yang ketiga ni......tapi aku sangat enjoy. Setiap detik bersama anak-anak aku harapkan akan dapat kekal dalam memori kami semua dan menjadi kenangan paling berharga.....aku ingin terus menulis sekarang ni, tapi aku nak baliklah....ambik anak-anak...masa untuk kembali bersama mereka, entah apalah pulak yang aku nak kena leterkan hari ni hahahahahahahahahahaha.....bye, nanti sambung.